Wednesday, June 22, 2011

...Bangkai Yg Lena...


بسم الله الرحمن الرحيم
Tiap mlm, da 2 bulan....
1.20 am......   3a.m..... 4.30 a.m..... 5.20 am...... 
story...
Asik terjaga dr lena..
Mlsnye bangun!
Dlm erti kate len nya ---
  X RAJIN NK BANGUN!
Biasanya nurul ainie ni akn mendengus
selimut tebal menyimpan haba,
takut2 sejuk winter menghantui diri. acehh.
Pejam mata memaksa diri lena smule.
tulah kebiasaan..

Memujuk diri dgn alasan 
"dan Kami jadikan tidurmu utk istirahat" 
[An-Naba':Ayat 9].
( Fulamak, nk tido pon kena ade ayat ke? alasan! )
Lena balik... 

Mimpi mlm x tng,
trbangun tingat bacaan tntg
 hadith al-Tirmizi siang hri kblekangan ni,
Dari Bilal meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:
"Hendaklh kamu bngun mlm. 
Kerana itu adlh kebiasaan org soleh sblm anda, 
n ia adlah cara menghampirkn diri kpd Allah swt
penghapus dosa, 
n pengusir penyakit dlm tubuh."

Aaahhh! Mlm masih pnjg, tido la~
mata pejam tp hti x tng
Satu2 muncul di fkiran,
kali ni dr Ibnu Hibban, n al-Baihaqi :
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, 
Rasulullah s.a.w. penah bersabda:
"Sesungguhnya Allah sgt membenci org yg bkerja trlalu berat, 
org yg byk mkn, org yg slalu membuat kekacauan di pasar,
BANGKAI PADA MALAM HARI,
 keldai pd siang hari, 
n org yg menguasai urusan dunia tp x mengenali akhirat.
"NA'UZUBILLAH~ Ya Rabbiiiiiiiiiii  :'(
Aku ke bangkai? Bangkaikah aku?Bangkai???
Mata yg asalnye pejam td mngalir air mata.
x mgkin d biarkan...

Bngun sbb mengingatiNya, putus 1 ikatan Syaitan.
amik wuduk, putus ag 1 ikatan karat Syaitan tuh.
Tahajud, putus sume 3 ikatan syaitan!! Alhamdulillah!!
(hadith tau psl 3 ikatan syaitan ni, riwayat Bukhari n Muslim)
...........
HUwaaahhh BESTNYER ase!!!
Melonjak tw hati!!
Sbb bile x bngun, Mata sembab p praktikal.
 Kalo bngun even 2 rakaat je, segar bugar la plk.
Tp biasanye, takat 2 rakaat je... Starter la konon..
: : :
Hummm, ni kisah benar, AINIE x kuat. 
Bkn nk tunjuk baik, tp kn, 
Rasulullah s.a.w. kn, 
penah x mkn garam 2 minggu sblm nsihat sseorg, 
sbb sorg ibu tu mintak bantuan Rasulullah s.a.w. 
utk tego ank si ibu td supaya jgn mkn byk garam utk kesihatan
 (ke gula ntah,x ingat).
So, pape pon, amar ma'ruf lbh afdhal kalo d dulukn dgn tingkah, insyaAllah...

sy same jek cm org len,
time terleka, mule la ase x endah dgn akhirat. 
Slalu la cmni, benci btol!
To be compared to member2 seperjuangan yg di Uitm,
jgk shbat2 yg skrg, sy dpt ase sy la yg terlemah..huhu, 
maybe sometimes tampil hebat di mata lecturer, junior2, kwn2, 
but lastly dimataNya hanyalah Bangkai?? Na'uzubillah...

time citer kt ma ngn ayah psl bngun-tido-bngun-tido ni, 
kena kritik ade la, padan muke sbb mls sgt, hehe..
I always share everything dgn ma ayah.. 
^_^

...Bangkai Yg Lena...

Tiap malam, sudah dua bulan kini.....
1.20 am......   3a.m..... 4.30 a.m..... 5.20 am...... story.
Asyik terjaga dari lena..

Malasnya bangun!
Dalam erti kata lainnya ---> TAK RAJIN NAK BANGUN!
Biasanya sYaMi akan mendengus, mengalihkan pinggul dan limbungan, agar lebih selesa di bawah doona/selimut tebal menyimpan haba, takut-takut sejuk winter menghantui diri.

Pejam mata memaksa diri lena kembali. Itulah kebiasaan..
Memujuk diri dengan alasan "dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat" [An-Naba':Ayat 9].
(Fulamak, nak tidur pun kena ada ayat ke? Hahaha...alasan.)


Lena kembali... Mimpi malam tak tenang, terbangun mengingatkan bacaan tentang hadith al-Tirmizi di siang hari kebelakangan ini;
Dari Bilal meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: : "Hendaklah kamu bangun malam. Kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum anda, dan ia adalah wahana menghampirkan diri kepada Allah swtpenghapus dosa, dan pengusir penyakit dalam tubuh."


Aaahhh! Malam masih panjang, tidurlah~
..
.....
Sama, mata pejam tapi hati tak tenang. Satu-satu muncul kembali di benak, kali ini dari Ibnu Hibban, dan al-Baihaqi;
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah sangat membenci orang yang bekerja terlalu berat, orang yang banyak makan, orang yang sering membuat kekacauan di pasar, BANGKAI PADA MALAM HARI, keldai pada siang hari, dan orang yang menguasai urusuan dunia tetapi tidak mengenali akhirat."

ALLAHU AKBAR! A'UZUBILLAH~ Ya Rabbiiiiiiiiiii =''(
Akukah bangkai?
Bangkaikah aku?
Bangkai???
Mata yang asalnya dipujuk pejam kini dipujuk berhenti mengalirkan bah.




Tak mungkin ini dibiarkan berlalu kekal!

Bangkit kerana mengingatiNya, putus satu ikatan Syaitan.

Wudu' diambil, putus lagi satu ikatan karat Syaitan tuh.

Tahajud, putus kesemua tiga ikatan syaitan!! Alhamdulillah!!
(hadith tau pasal 3 ikatan syaitan ni, riwayat Bukhari dan Muslim)
...........
HUwaaahhh BESTNYER RASA!!!
Melonjak tau hati!!
Sebab bila tak bangun, Mata sembab pergi kerja. Kalau bangun walau 2 rakaat je, segar-bugar la pula.
Tapi biasanya, takat 2 rakaat je... Starter la konon..

: : :

Hummm, ini kisah benar, sYaMi tak kuat. Bukan nak tunjuk baik, tapi kan, Rasulullah s.a.w.kan, pernah tak makan garam 2 minggu sebelum menasihati seseorang, sebab seorang ibu tu minta bantuan Rasulullah s.a.w. untuk tegur anak si ibu tadi supaya jangan makan banyak garam untuk kesihatan (ke gula ntah, tak ingat). So, apa-apapun, amar ma'ruf lebih afdhal kalau didahulukan dengan tingkah, insyaAllah...

Syamila means Syumul, it equals to PERFECT!
Tapi sYaMi sama je macam orang lain, bila terleka, mulalah dibuai rasa tak endah dengan akhirat. Selalu la macam ni, benci tol!
To be compared to kawan-kawan seperjuangan yang di USIM dahulu, juga sahabat-sahabat yang kini, sYaMi dapat rasakan sYaMi lah yang terlemah..
huuu, mungkin kadang-kala tampil hebat di mata pensyarah, junior-junior, sahabat handai, tapi lastly dimataNya hanyalah Bangkai?? A'uzubillah..

Hahaha...
Bila cerita kat abah mak pasal bangun-tidur-bangun-tidur ni, kena kritik adala, padan muka sebab malas sangat, hahahahhaha..
Kelakar je..I always share everything dengan mak abah.. Sayang Mak abah!!!
Abah kata, "8 rakaat la bessssssssssssssssssshhhh!!"
sYaMi jawab kat abah, "Ala abah, sya kentut la", ahhahahahahaha...

ya, saye adalah hamba Allah dan anak yang selekeh, hahaha...


P/S: Syaitan DurJaNA!! Fightoo0oo0ohhh!!!!! Kurusla kau pas ni, ada haku kesah?.. bUeKK!

Tuesday, June 14, 2011

MenCaRii atau MenJaDii


بسم الله الرحمن الرحيم
Rumahtangga yg bhagia d dunia n jgk akhirat
 lahir dr sebuah hubungan yg berlandaskan keimanan kpdNye.


“Sy sedar sy xlah sehebat Fatimah, 
sbb tula sy perlukan suami yg soleh 
seperti Ali utk membimbing saya”,
 kata sorang mahasiswi.
“Ana mmg x sebagus Ali, 
sbb tula ana kena pilih isteri yg sempurna mcm Fatimah. 
Ana x mampu nk mmFatimahkn sorang yg x Fatimah!”,
 tegas sorang mahasiswa.

Sume sibuk mencari. Mudah ke utk mndapatnye?
Sume sibuk mncari. 
kalo jumpe, mudah ke utk mengekalkannye?
Kte bertemu dgn pasangan hidop time duk dlm suasana usrah. 
Alhamdulillah, imejnye berjubah n brtudung labuh. 

Tp mmpu ke kte mngekalkn isteri kte pd benchmark solehah cm tu 
d sepanjang alam rumahtgga? 
Dy mgkin akn d ubah oleh suasana keje, 
dy mgkin akn d ubah apabile kembali ke pgkuan family, 
dy mgkin berubah atas byk pengaruh,
 or dy mgkin berubah sbb dy mmg berubah.

Kte nk mncari pasangan hidup yg soleh, 
n kte menemuinya di dlm suasana sume lelaki nmpak sempurna.
 time bercinta, dy la Ultraman, dy la Superman.
Tp sape sangka, slps berumahtangga, 
Ultraman berubah mnjadi raksasa!

Pencarian yg x brkesudahan.
so kalo nk mndapatkn yg soleh, 
kurangkn ckit menCARI si Soleh, 
tp brusaha la menJADI yg solehah. 
kalo nk kan yg solehah, 
jgn la cerewet sgt menCARI yg solehah, 
tp berusaha la menJADI yg soleh.
Bertemu yg solehah, solehahnye dy lom tentu kekal.
 Bertemu yg soleh, solehnye leh berubah… 
sbb si solehah n si soleh adlh insan biasa.

Tp kalo sume org fokus kpd JADI n bknnye CARI, 
so ramai la calon, n sng la ckit kehidupan.
 n kte sndiri x bmbg utk berumahtgga dgn pasangan ‘itu’ 
even mybe x 100% (30% pon lom tentu) mngenalinye.
Ape yg nk dibmbgkan,
 kte brkawen sbagai sbhagian drpd proses
 utk MENJADI, bkn MENCARI. 

Wednesday, June 8, 2011


Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.
Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.
Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.