Wednesday, June 22, 2011

...Bangkai Yg Lena...

Tiap malam, sudah dua bulan kini.....
1.20 am......   3a.m..... 4.30 a.m..... 5.20 am...... story.
Asyik terjaga dari lena..

Malasnya bangun!
Dalam erti kata lainnya ---> TAK RAJIN NAK BANGUN!
Biasanya sYaMi akan mendengus, mengalihkan pinggul dan limbungan, agar lebih selesa di bawah doona/selimut tebal menyimpan haba, takut-takut sejuk winter menghantui diri.

Pejam mata memaksa diri lena kembali. Itulah kebiasaan..
Memujuk diri dengan alasan "dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat" [An-Naba':Ayat 9].
(Fulamak, nak tidur pun kena ada ayat ke? Hahaha...alasan.)


Lena kembali... Mimpi malam tak tenang, terbangun mengingatkan bacaan tentang hadith al-Tirmizi di siang hari kebelakangan ini;
Dari Bilal meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: : "Hendaklah kamu bangun malam. Kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum anda, dan ia adalah wahana menghampirkan diri kepada Allah swtpenghapus dosa, dan pengusir penyakit dalam tubuh."


Aaahhh! Malam masih panjang, tidurlah~
..
.....
Sama, mata pejam tapi hati tak tenang. Satu-satu muncul kembali di benak, kali ini dari Ibnu Hibban, dan al-Baihaqi;
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah sangat membenci orang yang bekerja terlalu berat, orang yang banyak makan, orang yang sering membuat kekacauan di pasar, BANGKAI PADA MALAM HARI, keldai pada siang hari, dan orang yang menguasai urusuan dunia tetapi tidak mengenali akhirat."

ALLAHU AKBAR! A'UZUBILLAH~ Ya Rabbiiiiiiiiiii =''(
Akukah bangkai?
Bangkaikah aku?
Bangkai???
Mata yang asalnya dipujuk pejam kini dipujuk berhenti mengalirkan bah.




Tak mungkin ini dibiarkan berlalu kekal!

Bangkit kerana mengingatiNya, putus satu ikatan Syaitan.

Wudu' diambil, putus lagi satu ikatan karat Syaitan tuh.

Tahajud, putus kesemua tiga ikatan syaitan!! Alhamdulillah!!
(hadith tau pasal 3 ikatan syaitan ni, riwayat Bukhari dan Muslim)
...........
HUwaaahhh BESTNYER RASA!!!
Melonjak tau hati!!
Sebab bila tak bangun, Mata sembab pergi kerja. Kalau bangun walau 2 rakaat je, segar-bugar la pula.
Tapi biasanya, takat 2 rakaat je... Starter la konon..

: : :

Hummm, ini kisah benar, sYaMi tak kuat. Bukan nak tunjuk baik, tapi kan, Rasulullah s.a.w.kan, pernah tak makan garam 2 minggu sebelum menasihati seseorang, sebab seorang ibu tu minta bantuan Rasulullah s.a.w. untuk tegur anak si ibu tadi supaya jangan makan banyak garam untuk kesihatan (ke gula ntah, tak ingat). So, apa-apapun, amar ma'ruf lebih afdhal kalau didahulukan dengan tingkah, insyaAllah...

Syamila means Syumul, it equals to PERFECT!
Tapi sYaMi sama je macam orang lain, bila terleka, mulalah dibuai rasa tak endah dengan akhirat. Selalu la macam ni, benci tol!
To be compared to kawan-kawan seperjuangan yang di USIM dahulu, juga sahabat-sahabat yang kini, sYaMi dapat rasakan sYaMi lah yang terlemah..
huuu, mungkin kadang-kala tampil hebat di mata pensyarah, junior-junior, sahabat handai, tapi lastly dimataNya hanyalah Bangkai?? A'uzubillah..

Hahaha...
Bila cerita kat abah mak pasal bangun-tidur-bangun-tidur ni, kena kritik adala, padan muka sebab malas sangat, hahahahhaha..
Kelakar je..I always share everything dengan mak abah.. Sayang Mak abah!!!
Abah kata, "8 rakaat la bessssssssssssssssssshhhh!!"
sYaMi jawab kat abah, "Ala abah, sya kentut la", ahhahahahahaha...

ya, saye adalah hamba Allah dan anak yang selekeh, hahaha...


P/S: Syaitan DurJaNA!! Fightoo0oo0ohhh!!!!! Kurusla kau pas ni, ada haku kesah?.. bUeKK!

No comments: