بسم الله الرحمن الرحيم
Siapa pernah sakit ? Maksudnya sakit yang memerlukan anda berulangalik ke
hospital, dating dgn doktor setiap bulan, menjalani pembedahan, terlantar di wad
berminggu2 atau mungkin berbulan, melupakan seketika aktiviti harian bersama
keluarga dan rakan....Hanya orang yg pernah sakit faham bagaimana perasaan
orang sedang diuji sakit. Tak bermaksud orang sihat tak faham tapi yang telah
mengalaminya lebih menjiwai kesakitan dan nikmatnya kesembuhan. Dalam hidup
ini, ada dua nikmat yang paling berharga. Pertama, nikmat iman.Kedua, nikmat
kesihatan. Jadi bersyukurlah jika hari ini kita masih sihat walafiat, bebas bergerak,
beribadah, beriadah, boleh bergelak ketawa sdg ada insan lain sebaliknya........
Saya melaluinya 7 tahun lalu apabila doktor mengesahkan ada ketumbuhan dlm
organ dalaman . Mulanya tidak percaya, biasalah kita sukar mengakui diri
sakit kalau luarannya nampak sihat, segar dan bertenaga, tapi bila suatu hari
diserang sakit yg teramat sangat dibahagian abdomen dan apabila diimbas ada
ketumbuhan, hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaannya. Mana mungkin,
kata saya dalam hati, dia manusia, dia mungkin silap, saya rujuk doktor kedua,
tak puas hati lagi, saya jumpa doktor lain, hanya selepas ketiga-tiganya memberi
jawapan yg sama, baru saya percaya dan terima hakikat sesiapapun jua boleh
ditarikbalik nikmat kesihatannya. Apabila ditakdirkan untuk sakit, tiada siapa
dapat mengelakkannya. Bermulalah ujian perasaan........
Apabila doktor mengesyorkan pembedahanan, dan memberitahu bahawa saya
perlu menjalani rawatan susulan jika ketumbuhan tersebut disahkan cancer,
rasanya seperti hilang separuh nyawa. Perasaan bercampurbaur, takut, sedih,
bimbang, marah dan tertekan. Semua ada, 5 dalam 1. Doktor baru bagi
opinion, sahihnya belum lagi, saya sudah mengelabah dan gundah. Tertanya2
mengapa saya? (soalan yg tak sepatutnya ), mana silapnya, apa hikmahnya ?
Manusia suka menyoal bila Allah beri ujian, tapi jarang bertanya mengapa Allah
limpahkan kenikmatan....ampun Ya Allah.....
Saya melalui setiap saat dgn rasa yg suka digambar, hilang rasa untuk
bergembira,org buat lawakpun kita susah nak ketawa, bila kawan3 ckp; jangan
risau nanti sihatlah lepas operate, dlm hati berkata; kau tak duduk ditempat aku..
Tak boleh salah sikit, emosi cepat terusik, suami balik lambat sikitpun dah nak
marah, padahal sebelum tu kita tak kisahpun......
Saya mencuba segala mcm rawatan yg disyorkan samada di hospital, rawatan
alternatif, acupunture, urutan, apa saja yg tidak bertentangan dgn syariat dan
tidak menyesatkan akidah, namun sebenarnya terapi yang paling mujarab ada
dlm diri kita.....tenang dan berlapang dada. Itulah sebenarnya ubat yg paling
mujarab disamping ubat2 yg dibekalkan doktor. Bila kita berlapang dada,
maksudnya kita redha, bila redha, jiwa kita tenang, bila tenang kita mudah kawal
emosi, bila emosi terkawal, apapun yg diberitahu doktor, kita terima dengan
Alhamdulillah....
Tapi tidak mudah sebenarnya, syaitan tidak berdiam diri, dia membisikkan kpd
kita bermacam2 lintasan perasaan yg tak sepatutnya.Cthnya: mengapa aku yg
kena, aku tak buat maksiat, tak tinggal solat, tak buat jahat kat orang, mengapa
bukan org lain (Astagfirullah..........) Kita lupa bahawa Allah yang mencipta kita,
Dia berhak menguji dengan segala macam cara, kita cuma hamba, kita tak berhak mempersoalkannya.................
Sebenarnya, Allah tak beri ujian tanpa sebab, dan setiap ujian berkadar terus
dgn keimanan , Allah tidak zalim, Dia tidak menguji kita diluar batas kemampuan
hanya kita yang selalu bersalah sangka.............
Saya menjalani pembedahan setahun kemudian (doktor suruh buat cepat tapi
saya degil) dan selamat dgn izin Allah, tumour tersebut disahkan bukan cancer,
Syukur Alhamdulillah...........terlalu banyak hikmah disebalik ujian itu sebenarnya,
hubungan saya dgn Allah begitu akrab dalam tempoh tersebut, setiap malam saya
bangun bermunajat, mengharapkan kasih sayangNya untuk menyembuhkan saya
kerana hanya Dia Maha Berkuasa.
Ujian itu turut mengukuhkan lagi kasih sayang saya dan suami, anak2 sekalipun
ketika itu masih kecil dan belum mengerti tapi selalu berdoa agar saya sembuh.
Ketika sakitlah kita kenal siapa kawan siapa sahabat, siapa benar-benar simpati
siapa yg tak pernah ambil peduli, kita menghargai setiap ungkapan semangat
dari mereka mahupun sebarang saranan dan petua.Ketika sakitlah pergantungan
kita sepenuhnya kepada Allah kerana sepakar mana sekalipun doktor, dia cuma
berusaha, yang menyembuhkan adalah Dia......
Saya pernah bangun di tengah malam dan sambil menangis berdoa; Ya Allah,
aku redha dgn ujianMu, namun sebagai hamba aku akan berusaha sedaya upaya
mencari penawarnya, aku tidak akan berputus asa, Engkau berjanji untuk
memperkenankan doa hamba2mu, aku akan terus berdoa dan mengharap, bantu
aku Ya Allah......
Seluruh rasa tertekan dan bebanan perasaan hilang sebaik saja saya selesai
berdoa, seluruh pengharapan hanya padaNya, terasa Dia begitu dekat,
mendengar segala permintaan saya.........
Sesiapapun yg pernah diuji dgn sakit yg kronik akan faham betapa berharganya
kesihatan. Tapi ingatlah, penyakit tidak berlaku dengan izinNya, kesembuhan
juga dengan izin dan kasihNya. Ujian yang pernah saya tempuh itu hanyalah
sedikit dibandingkan dgn ujian yg ditempuhi insan lain seperti kisah ini. Baca
dan hayatilah. Kita mungkin tidak melaluinya tapi kita boleh membantunya.
Sedikit sumbangan bagi kita mungkin besar ertinya bagi mereka. Mungkin bukan
wang ringgit, sekadar doa dan kata-kata semangat. Menghayati kesulitan insan
lain, mampu menyedarkan kita betapa segetir manapun ujian hidup kita , ada lagi
insan lain yg lebih getir ujian hidupnya. Justeru itu, bersyukurlah...........
No comments:
Post a Comment